Thursday, February 17, 2011

sahabat

inginku luahkan isi hatiku ini

wahai sahabat2 ku

ketahuilah aku amat merindui kalian semua

janganlah dilupai diri ini yang tidak seberapa

janganlah kiranya suatu hari nanti kau pulang, diriku ini diendahkan

aku hanyalah seorang hamba Allah yang lemah

jika aku leka, angkuh dan alpa ingatkanlah diriku ini

hidup tidak selalunya indah

kadang2 mahu ku coretkan liku-likunya sebagai peringatan buat diri ini

dan kadang2 juga, mahu ku lukiskan pelangi2 indah sebagai penyeri hari ini agar dapat

ku kenang kisah2 bersamamu yang telah banyak mengubah hidupku ini

perjalanan hidup ini masih panjang

masih banyak yang akan ditempuhi

baik keindahan pelangi mahupun ranjau akan ditempuhi

ingatlah jua bahawa pelangi itu tidak akan kekal abadi selamanya

begitu juga ranjau dan duri yang penuh dengan bisanya

alangkah indahya jika dapat kita lalui jalan itu bersama

tapi apakan daya, ketentuan Allah adalah sebaik-baiknya

dari jauh ku pohon doa untuk kalian semua agar segalanya dipermudahkan dan dirahmati Allah

ku harap kita akan bertemu suatu hari nanti

sesungguhnya aku amat bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan sahabat yang sangat - sangat bermakna buat diriku ini buat menemani perjuangan dan perjalanan hidup ini

semoga ukhwah yang dibina berkekalan selamanya

insyaAllah