Wednesday, December 1, 2010

ke Melaka

hujung minggu yang lalu, saya ke majlis perkahwinan sepupu saya di Melaka bandaraya bersejarah. berikut merupakan beberapa perkara yang ingin saya ceritakan:

1. Mak Cik

Saya ke dapur utk mengambil sedikit barang. tiba2 terjumpa seorang mak cik ni. berikut merupakan lebih kurang perbualan saya dgn mak cik itu :

makcik: kau anak sape?

saya: anak zai(merujuk kpda emak saya)

makcik: oo.ni yang tak jadi nak pergi luar negara tu eh?!(dengan kuat dan lantangnya di hadapan orang ramai)

saya: lebih kurangla cik

.............

2. Ego orang tua

saya dan seorang sepupu tertanya-tanya tentang sejenis lauk ikan yang kami jumpa. kelihatan seperti asam pedas dan kari, tapi bukan. kami bertanya kpda seorng adik yang jauh lebih muda dari kami. kta adik itu "ni ikan masak sambal". kami tak percaya(ego punya pasal sebab dia jauh lebih muda dri kami).pergi bertanya dengan seorang makcik pula.dan jawapannya "ni ikan masak sambal orang melaka".
ok.
kesimpulannya jgn ego dan terimalah pandangan orang lain walaupun dia lebih muda dari kita

3. Ego orang muda

pada hari majlis perkahwinan dilangsungkan, saya bertugas sebagai rewang(lama jugalah tak merasa jadi rewang ni sebenarnya).nak dipendekkan cerita, saya pergi ke tempat masak untuk 'top up' lauk yang sudah berkurang. saya mengambil sebuah bekas dan meletakkannya di tempat yang salah.tiba-tiba, ada seorang pakcik menegur saya dengan nada yang agak tinggi. saya agak kurang senag juga. yela, kalau nak tegur, tegurlah elok2 sikit. tapi tiba2 pakcik tersebut bersuara"mintak maaf ye nak". wah, terus sejuk hati saya. jarang sekali ada orang yang lebih tua mahu mengaku kesilapan dan meminta maaf dari org muda.

4. Biar mati anak, jangan mati adat

saya dan beberapa orang sepupu duduk bersembang. tiba2 ada yang bersuara mengenai peribahasa orang melayu yang berbunyi 'biar mati anak, jangan mati adat'
katanya, kalau mati anak, sape yang nak sambung adat?
huh, tidak pernah terfikir tentang itu.
betul juga.
tapi sebenarnya itu merupakan kiasan orang2 melyu dulu2 untuk menunjukkan betapa pentingya adat dalam hidup kita.
dan mungkin juga kerana mentafsir peribahasa itu secara salah membuatkan ramai remaja sekarang sanggup membuang anak di merata-rata tempat kerana kononnya mahu menjaga adat dan maruah
haisy
kesimpulannya, ambil yang jernih, buang yang keruh. selagi mana adat itu tidak bercanggah dengan syara', gunakanlah.jika bercanggah dengan syara' maka tinggalkanlah.
hiduplah secara beradat ye!
:)

5. Melaka

Bandaraya bersejarah ini semakin cantik. masjid2 sangat indah dan jemaahnya pun ramai.jalan2 semakin cantik. kurang lopak2 air.hendak memandu ketika hujan pun tidk perlu terlalu risau. penduduk2nya juga bagus2 belaka. dan macam2 ada di melaka sekarang.
Tahniah Melaka kerana sudah mencapai status' Melaka maju 2010'!!!

Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu."
(Al-'Ankabut 29:19-20)