Tuesday, November 23, 2010

satu, dua, tiga,........

"satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan"
berturut-turut kiraan yang sama disebutkan oleh beberapa orang pelajar University of Nottingham, Malaysia yang hendak bermain ragbi pada petang itu
seorang demi seorang, semuanya mengira dengan penuh khusyuk mengikut giliran masing2 ketika membuat aktiviti memanaskan badan
tiba2, kedengaran suara yang menyebut " one, two, three, four, five, six, seven, eight" diiringi dengan ketawa kecil dibelakangnya
ya Allah!
terlupa pula yang kami ni datang dari negara dan bangsa yang berbeza-beza
tergelak kami dibuatnya
mana tidaknya, masing2 terlampau yakin mengira dalam bahasa Melayu sedangkan rakan2 lain yang datang dari negara yang berbeza-beza terkial-kial untuk memahami
haisy
:)


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” [Surah Al-Hujuraat: 13]