Monday, January 4, 2010

polis

hari ni saya nak cerita pasal polis..

polis?!

ya, polis, alaa yang pakai baju biru atau putih tu, takkn tak tau....saya pun x tau kenapa tiba2 nak cerita pasal polis ni. tapi memang nak tulis sangat pasal polis..sekarang ni, bila cakap je pasal polis, macam2 orang akan perkatakan..kalau baik2 xpe gak, ni buruk2 pun ada gak...erm. baikla, menurut kamus dewan edisi ketiga(ni je kamus dewan yg ada kt rumah yg baru xde) muka surat 1049, polis membawa maksud pasukan yang menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang...wow, besar maknanya tu

zaman sekarang ni, orang sangat suka cakap perkara-perkara buruk pasal polis..
"polis makan rasuah"
"bapak polis, anak macam ape ntah"
dan lain-lain lagi

sesuka hati je mereka cakap macam itu..sudahlah!!!!cukup jangan cakap perkara buruk pasal mereka...saya cukup tak setuju dengan mereka yang suka cakap perkara buruk pasal polis ni..sesuka hati je cakap macam itu, kadang2 mereka main cakap je, bukti takde pun..biasalah, manusia zaman sekarang, suka tuduh2 je n suka sanagat cakap tanpa berfikir dulu..

betul ke polis=rasuah?!
haha...kelaka betul, kalau ada pun tak semua. jangan hanya nila setitik,rosak susu sebelanga..itu pun kalau ada...kalau tak de, macam mana??? ..sesuka hati je anda semua membuat kesimpulan kan...kalau ada je anggota polis yang buat kesalahan, terus tuduh yang bukan2...entah apa2..tidak perlulah anda semua membuat tuduhan melulu tak baik tau tak...entah2 anda telah memfitnah...dosa besar tau tak????

bila ade je anak polis yang buat kesalahan, terus jadi bahan perbualan or terpampang kat mana2,
"anak polis.....bla3"
"bapak/mak polis, x ajar anak ke"

ooo,ni lagi 1 kes sesuka hati n sesedap mulut je cakap macam tu...macam la anak anda tu baik sangat..anda tau tak, polis ni bekerja untuk jaga kita semua...kadang2, masa mereka dengan keluarga tu amat singkat berbanding dengan masa mereka menjaga kita...kita patut bersyukur

"encik, rumah saya dirompak"

"encik, kereta saya dicuri"

"encik, saya diragut"

ha, tahu pula nak cari polis...baru terkial-kial...bila susah, semua orang nak cari polis, bila senang macam2 benda buruk anda cakap kat polis kan???kan??? waktu susah bru la 'polis=baik'
anda tau tak?? kalau xde polis, silap2 nak tidur malam pun susah..kt atas bunuh, kat bawah rompak, kat depan rogol n kt belakang samun....macam2 benda berlaku zaman sekarang ni...so, jangan ingatlah kalau tiada polis anda boleh bersenang-lenang

bila ada penjenayah yang mati, banyak betul bantahan...sana bantah sini bantah...bila ada anggota polis yang terkorban, tiada pula nak bantah ke ape ke..tiada pula nak beri penghormatan kepada mereka..fikir2kanla ye kepada mereka yang suka cakap perkara2 buruk pasal polis ni ye

kesimpulannya, tidak perlulah anda nak mengutuk polis ye...mereka ni semua berkhidmat untuk menjaga kita...mereka ni sanggup berkorban demi menjaga keamanan negara..hormatilah mereka dan bantulah mereka dalam menjaga keamanan negara kita yang tercinta ni


"Terima kasih polis"