Wednesday, December 1, 2010

ke Melaka

hujung minggu yang lalu, saya ke majlis perkahwinan sepupu saya di Melaka bandaraya bersejarah. berikut merupakan beberapa perkara yang ingin saya ceritakan:

1. Mak Cik

Saya ke dapur utk mengambil sedikit barang. tiba2 terjumpa seorang mak cik ni. berikut merupakan lebih kurang perbualan saya dgn mak cik itu :

makcik: kau anak sape?

saya: anak zai(merujuk kpda emak saya)

makcik: oo.ni yang tak jadi nak pergi luar negara tu eh?!(dengan kuat dan lantangnya di hadapan orang ramai)

saya: lebih kurangla cik

.............

2. Ego orang tua

saya dan seorang sepupu tertanya-tanya tentang sejenis lauk ikan yang kami jumpa. kelihatan seperti asam pedas dan kari, tapi bukan. kami bertanya kpda seorng adik yang jauh lebih muda dari kami. kta adik itu "ni ikan masak sambal". kami tak percaya(ego punya pasal sebab dia jauh lebih muda dri kami).pergi bertanya dengan seorang makcik pula.dan jawapannya "ni ikan masak sambal orang melaka".
ok.
kesimpulannya jgn ego dan terimalah pandangan orang lain walaupun dia lebih muda dari kita

3. Ego orang muda

pada hari majlis perkahwinan dilangsungkan, saya bertugas sebagai rewang(lama jugalah tak merasa jadi rewang ni sebenarnya).nak dipendekkan cerita, saya pergi ke tempat masak untuk 'top up' lauk yang sudah berkurang. saya mengambil sebuah bekas dan meletakkannya di tempat yang salah.tiba-tiba, ada seorang pakcik menegur saya dengan nada yang agak tinggi. saya agak kurang senag juga. yela, kalau nak tegur, tegurlah elok2 sikit. tapi tiba2 pakcik tersebut bersuara"mintak maaf ye nak". wah, terus sejuk hati saya. jarang sekali ada orang yang lebih tua mahu mengaku kesilapan dan meminta maaf dari org muda.

4. Biar mati anak, jangan mati adat

saya dan beberapa orang sepupu duduk bersembang. tiba2 ada yang bersuara mengenai peribahasa orang melayu yang berbunyi 'biar mati anak, jangan mati adat'
katanya, kalau mati anak, sape yang nak sambung adat?
huh, tidak pernah terfikir tentang itu.
betul juga.
tapi sebenarnya itu merupakan kiasan orang2 melyu dulu2 untuk menunjukkan betapa pentingya adat dalam hidup kita.
dan mungkin juga kerana mentafsir peribahasa itu secara salah membuatkan ramai remaja sekarang sanggup membuang anak di merata-rata tempat kerana kononnya mahu menjaga adat dan maruah
haisy
kesimpulannya, ambil yang jernih, buang yang keruh. selagi mana adat itu tidak bercanggah dengan syara', gunakanlah.jika bercanggah dengan syara' maka tinggalkanlah.
hiduplah secara beradat ye!
:)

5. Melaka

Bandaraya bersejarah ini semakin cantik. masjid2 sangat indah dan jemaahnya pun ramai.jalan2 semakin cantik. kurang lopak2 air.hendak memandu ketika hujan pun tidk perlu terlalu risau. penduduk2nya juga bagus2 belaka. dan macam2 ada di melaka sekarang.
Tahniah Melaka kerana sudah mencapai status' Melaka maju 2010'!!!

Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu."
(Al-'Ankabut 29:19-20)




Tuesday, November 23, 2010

satu, dua, tiga,........

"satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan"
berturut-turut kiraan yang sama disebutkan oleh beberapa orang pelajar University of Nottingham, Malaysia yang hendak bermain ragbi pada petang itu
seorang demi seorang, semuanya mengira dengan penuh khusyuk mengikut giliran masing2 ketika membuat aktiviti memanaskan badan
tiba2, kedengaran suara yang menyebut " one, two, three, four, five, six, seven, eight" diiringi dengan ketawa kecil dibelakangnya
ya Allah!
terlupa pula yang kami ni datang dari negara dan bangsa yang berbeza-beza
tergelak kami dibuatnya
mana tidaknya, masing2 terlampau yakin mengira dalam bahasa Melayu sedangkan rakan2 lain yang datang dari negara yang berbeza-beza terkial-kial untuk memahami
haisy
:)


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” [Surah Al-Hujuraat: 13]


Thursday, October 28, 2010

'local'


weh baju kau 'ori'(original) ke 'local' ?

'local' la dompet kau!!!

haha

kalau dahulu, ketika zaman kanak-kanak, sangat suka menyebut perkataan 'local' ni untuk benda2 yang tak 'original'

'local' = 'lopek' = tak 'original'

agak kelakar bila mengenagkan kembali zaman itu

ketawa kecil diri ini pabila mengenangkan zaman itu

pahit, manis, masam dan tawar, semuanya ada

masa berlalu

dan kini umur pun sudah meningkat

mungkin perkataan 'local' itu masih digunakan untuk tujuan yang sama

cuma jarang2 sekali digunakan untuk tujuan tersebut

biasalah, umur sudah meningkat

bahasa pun sudah 'advance'

tapi, sejak akhir2 ini acap kali juga saya menyebut perkataan ini

cuma kali ini, dalam konteks yang berbeza, seperti:

rakan: Are you local student?
saya: yes I am

kali ini bukan lagi,

'local' = 'lopek' = tak 'original'

kali ini,

'local' = tempatan

ya!!!

saya dari Malaysia dan saya rakyat tempatan

Alhamdulillah syukur kepada Allah, setelah berbulan menanti dan mengharap akhirnya dapat juga menyambung pelajaranku untuk peringkat yang seterusnya. Walaupun tidak seperti dihajatkan iaitu menyambung pelajaran ke bumi United Kingdom, tetapi amat bersyukur kepadaNya kerana memberikan saya nikmat yang tidak terhingga. Mungkin bukan rezeki saya untuk ke UK sekarang dan saya percaya semua itu ada hikmahnya. Belajar di University of Nottingham, Malaysia merupakan satu perjalanan yang agak menarik. Perjalanan yang penuh dengan warna-warni. Dengan pelajar dari pelbagai negara, bahasa yang pelbagai dan juga cara hidup yang berbeza. Macam2 karenah ada. Suasana lebih kurang seperti di UK, cuma tak sejuk je. huhu. Alhamdulillah sekarang semuanya berjalan lancar. Kadang2 ada juga halangan2. Tapi biasalah, itulah kehidupan. Penuh dengan ranjaunya. Tingkatkan iman dan usaha serta bertawakallah. Mudah-mudahan diberkatiNya.
InsyaAllah

" Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah:216)




Monday, September 6, 2010

lagu raya, kapal terbang........

lagu raya,

berjalan-jalan seorang diri,

pusat membeli-belah,

jalan TAR,

beg roda besar,

lapangan terbang,

kapal terbang,

passport,

surat-surat ucas,

email-email drpda universiti,

kad sim percuma vodafone dan o2,

awan biru,

lain-lain

dan.....

akhirnya saya kalah buat seketika

sungguh, kali ini saya kalah buat seketika

tidak tipu

tidak tertahan diri ini buat seketika

harapnya buat seketika sahaja

tolonglah...

tolonglah...

"Ya Allah,tabahkanlah hati hamba-hambamu ini, dan kurniakanlah kekuatan kepada kami, serta permudahkanlah urusan kami"




Wednesday, August 11, 2010

salam ramadhan

salam ramadhan!!

mohon maafkn salah silap saya dan halalkan segala yg telah diberikan

doakan kejayaan kita semua

may Allah bless all of us

insyaAllah


"Ya Allah sesungguhnya telah datang bulan Ramadhan . Ya Allah, Tuhan pemilik bulan Ramadhan. Engkau turunkan di dalamnya Al-Quran, Engkau jadikan Al-Quran penjelasan petunjuk antara yang hak dan yang batil. Ya Allah berkatilah kami di bulan Ramadhan ini. bantulah kami untuk melakukan shaum dan shalat di dalamnya dan terimalah amal ibadah kami."

Thursday, August 5, 2010

cuba bayangkan...


cuba bayangkan

anda bagi seseorang meminjam kereta anda

anda bagi skali duit minyak n duit tol

pastu, dengan selambanya

dia melanggar anda

dengan sengaja

ada ke patut

haisy...

begitulah lebih kurang analogi hidup kita ini jika kita melanggar perintah Allah

dunia ini hanyalah pinjaman drpd Allah

patuhi perintahNya dan tinggalkanlah laranganNya

untuk renungan buat diri sendiri dan saudara2 skalian

insyaAllah

Tuesday, July 20, 2010

menutup aurat

errr
menutup aurat?!
selalu bila cakap pasal menutup aurat, masyarakat sekarang sangat2 suka mengaitkan kaum wanita
haisy
yang lelaki pun ingat2 sikit
kita pun mempunyai kewajipan untuk menutup aurat
jadi, jangan lupa lah ye
sama2lah kita perbaiki diri
sebagai peringatan untuk diri saya yg selalu alpa dan leka dan juga untuk sahabat2 yg lain
insyaAllah

Tuesday, July 13, 2010

bodoh?!

petang tadi, ketika sedang memandu dalam hujan yg renyai-renyai

tiba2 ada seorg pak cik yg cuba membelok di sebelah saya

kalau nak belok je tak pe

ini tak, sambil membelok, menekan 'hon' dengan sekuat hatinya

sambil memaki saya dengan makian yang lebih kurang berbunyi "bodoh!!!! bla3...."

masyaAllah

ape la nk jadi ngn pak cik ni, rasanya sudah makan garam banyak dari saya

tapi .....

haisy

terdiam saya dibuatnya

sabar je la.....


Saturday, July 10, 2010

apakah?!

salam

hari ini,sangat bz, pelbagai tempat telah dituju
majlis cukur jambul, 'seseri' open day carnival, jalan2 cari kerja bersama 'pokyus' n
kenduri tahlil arwah
uisy,
agak penat
tapi, Alhamdulillah krna dengan limpah kurniaNya dipanjangkan umur dan dimurhkn rzki
hari ini agak menarik, sbab jumpa mcm2 jnis org
tapi, yg paling menarik adalah time majlis cukur jambul tadi

nak dijadikan cerita, sedang 'mr X' memotong jambul bayi kecil tersebut, sempat lagi dibibirnya bercakap2 mngenai politik, haisy..
apakah?!
sy pun x tau la sape bnar or sape salah
kalu btl xpe, klu salah kn susah, x psl2 karang termengata n terfitnah org
tp, bercakap mengikut keadaan la ye
ahah
mr X oh mr X
mngkn tak prlu nk ckp2 prkra politik yg tak tau sejauh mana kebenarannya tu di hadapan baby trsebut
kalaulah baby tu boleh bercakap x taula ape yg dia nk cakap kn..isy3

p/s : niat di hati sya, bknlah utk mengajar, tapi utk renungan kita bersama terutamanya peringatan buat diri sya yg selalu lupa ni dan sahabt2 yg lain...n sya juga x tujukn kpda sesiapa....mudah-mudahan kita mengambil iktibar....klu ada ksalahan yg sya lakukan, pintalah bantuan dri shbt2 sekalian utk menegur n memperbetulkan

insyaAllah



Tuesday, June 29, 2010

selesai sudah



alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya, pda 19 jun 2010 tamatlah 1 prjalanan dlm hidup ku..prjalanan yg tempohnya agk panjang yakni 2 thun, kini sudah brakhir. pda awlnya, dri ini mrasakan prjlanan trsbut merupakan 1 prjalanan yg amat sengsara dek kerana pelbagai faktor yg menghantui diri ini..namun, hari demi hari, perjalanan ku di tempat itu membawa 1001 makna yg amat berharga buat diri ini...
Kolej Yayasan UEM
di sinilah prjalanan slama 2 thn yg dimaksudkan..inilah kolej kesayangan saya...pda mula2 menjejakkan kaki di sini, terasa amat bosan dan perasaan 'x best' selalu je timbul kt dalam hati..mane x nya,tengok lokasi kolej ini suda, LEMBAH BERINGIN.....huhu...bila tnya je kwn2 di kolej lain, pernah dgr ke tmpt ni, jawpan cliche mereka adalah "ntah, x prnh dgr pun" dan lain2 lg yg seangkatn dgnnya...klu keluar je kolej yg anda boleh nmpk hnyalah rumah2 terbengkalai,semak-samun, monyet n klu brnasib baik blh la trjmpa dgn 'kwn baik' kami, iaitu sang babi hutan...menarik kn?! kn?!(tolongla cakap ye....huhu)...tetapi,selangkah je anda menjejakkan kaki ke dalam kolej ini, segalanya amatlah berbeza dgn di luar sana...kdg2 x prcaya juga wujudnya tamadun manusia kat tgh2 lembah beringin ni..hakikatnya, mmg bnar, ya mmg ada tamadun manusia kt dalam ini...kamilah manusia2 trsebut...huhu....sbnrnya kolej ini amatlah hebat, dari segi prasarana dan org2 yg ada kt dalam ni...walaupun jauh trpinggir, ttpi org2 kt dalam ni amatlah 'best'!!!!!!!!!!!sangat2 best, x dpt dinafikn...2 bagi pndpt sya la,org lain x tau la che' nk habaq mcm mna....scra jujur n bertrus-trangnya, sya mmg x suka dgn kolej ini pda awlnya...x tau la knapa...tp,lama kelamaan semakin suka n mncintai kolej ini...sbab itulah sya amat menyayangi kolej ini n mrasakan kolej ini amatlah 'special'...bkn snang nk ubah dri prasaan bnci kpd cinta n sayang..org2 dalam kolej ni la yg plg hebat skali yg membuatkan sya mnyayangi kolej ini...wah,kagum ngn kolej ni n org2 kt dlmnya....kt sini,mcm2 nama sya dpnggil, antra nama2 trsebut ialah : asyraf, acap, apple n plg best skali syarifah syahida (dri asyraf shahiful) pun ade...haha...sapela yg bri nama trsbut...isy3...papepun....korg mmg best!!!spnjng 2 thun mcm2 prkra yg brlaku kt sni..wktu mula2 dlu, adalah 1 prasaan nk give up ngn accounting...mane x nya...x de basic time skola n bla time test pun asyk dpt mrkh rndah je...tp dsbabkn mmbr2 yg best kt sni,smngt dtg balik....trima ksh ye shbt2 skalian....jasamu dikenang!!! ada org kata :
"this college is divided into two; normal students and proud topazians"
hahahaha...ini cuma 1 kta2 smngt utk ahli2 rumah topaz je..lg pun x slh mreka brkta bgtu utk mnaikkn smgt dlm klngn ahli2 nya..kn hafiz md azam(mrangkap ex-vice housecapt topaz)?! sbnrnya, kami adalah 1 komuniti yg bersatu...huhu ...yg bestnya kt clge ni, kami boleh mngenali hmpir kesemua pljr2 yg ade kat dlm kolej ni...papepun, yg plg best adlah rumah yg kt bawah ni :



'garnetors batch 11 n 11.5 with beloved teachers'

huhu....sbnrnya semua house dkt kyuem best GARNET, SAPPHIRE, DIAMOND, TOPAZ semuanya best....dgn adanya sstm rmh ni, maka wujudlah suasana persaingn yg shat n menghidupkan juga suasana clge yg sunyi....sangat best!!!!! n sgt rindu dgn mereka semua....



'Nicky Chin'

gmbr kt ats ni pula adalah my 'apartmantmate'...beliau amat hebat!!!!!n sgt rajin!!!!kagum!!!!!!
erm, kadang2 bila duduk kat clge yg terpencil ni ditambah dgn dugaan2 subjek2 A-level, kita akn rasa sdkt kekosongan jiwa....maka, x lain x bukan, tmpt yg plng sesuai utk dituju ialah surau As-Saad...setenang-tenang tempat di KYUEM..sgt hebat surau ini walaupun kecil


'surau as-saad'

macam2 ada kt kolej ini...dikir barat,rugby, bola sepak, swimming, DOE n mcm2 aktiviti ade...sangat puas jika anda mencuba kesemuanya...tp, x dpt dinafikn, bngsawan plg pnat...almost a month training, boleh jd gila ooo training...tp,sbnrnya seronok, 2 pun klu semua bg komitmen...erm,pendek kta mmg aktiviti2 kolej ni mmg best...antra aktiviti plg best ialah makan puding buatn pn halijah n mkn brownies azri!!!!! mmg sgt best coz dpt mkn free n sangatlah sdap!!!!!!!thanx 2 pn halijah n azri!!!




'CP 2008'

cultural performance(CP) 2008..2nd event batch 11...masih bru di KYUEM dan masih cuba mengenali antra 1 sma lain


'interhouse dikir barat'

garnet kalah....oh xpe, perkara biasa la 2 klu kalah kn?! tapi, kami sangat gumbira!!!!!



'bangsawan 2009'

bangsawan, acara tradisi kolej....sgt meriah...tp,garnet kalah juga pd thn trsbut...cuma mnang prop je...tp xpe,thniah!!!!!! dan kmi sronok juga sbnrnya!!!huhu



'poster bola garnet-interhouse football 2009'

mmg kreatif wrga KYUEM ni, poster bola pun ade pelbagai ragam...trima ksh kpda si pembuat poster!!!




'DOE expdtion'

ekspedisi Duke of Edinburgh(DOE) juga x kurg hbatnya.....walaupun agk pnat krna prlu brjln jauh, tp amatlah sronok...lgpun, ni je la stu2nya pluang utk bercamping spnjng ddk kt clge....wktu gmbr kt ats ni diambil,sbnrnya group kitorg baru je ssat, 2 yg boleh brtembung ngn group si fairosza...huhu...



'housetrip - garnet - cherating'

housetrip?!ni antra prkra yg best gak....dpt brjln2 ngn rkn2 n guru2 trcinta....murah, berpatutan n seronok!!!!!!!!!!!



'KYUEM open 2010'

training lbh kurg 2 bln stgh....penat tp seronok....gembira walau x dpt 1st place...best!!!!!


'MYC"

Muslim Youth Camp(MYC) 2009....mantap dan bermanfaat...santai n seronok!!!!



'maulidurrasul-2010'

walaupun smbutan yg sdrhana,pengisiannya n cramah yg diberikn amatlah mantap dan mudah difahami....sapphire won the 1st place for banner n garnet 2nd



'keluarga pet saya - farewell party garnet 2010'

sgt syng pet family ini, walau jrg brjmpa, kami ttp bhgia...eh lpe plak, fairosza lg sorg...mane ntah beliau hlang...


'cllge annual dinner - 2010'

isk3...da nk hbs da....sedih....


'award's day 2010'

award's day = final day kt KYUEM.....waaaaaaaaaaa,amat sedih nk menggalkn kolej kesayangn ni....n finally, ODAH!!!!!!!!!


'odah'

seekor anak kucing yg amat comel yg tgl di persekitaran surau as saad...namun bgtu,kini odah sudah berpindah ke temerloh bersama si penjaganya izzati(zetot) n family...rndu odah!!!!

akhir kata, pelbagai pengalaman, ilmu dan pengajaran yang sy peroleh spanjang berada di kolej ini... semuanya amat bermakna buat dri ini....kini berakhir suda perjalanan slma 2 thun kt kolej kesayangn ku ini...mudah-mudahan sgla ilmu yg diperoleh dan sgla ukhuwah yg trjalin diberkati Allah...insyaAllah

terima kasih guru2 KYUEM
terima kasih staf2 KYUEM
terima kasih sahabat2 ku
terima kasih warga KYUEM
terima kasih semuanya!!!!!

Friday, March 19, 2010

lelaki dan calon isteri

lelaki...
bila nak cari calon isteri macam2 kriteria yang diberi
nak pandai masak la, pandai buat tu la n pndai buat ni la..
tak salah rasanya klu nk memilih
tapi, janganlah terlampau cerewet sehinggakan diri sendiri tak dicermin dahulu
cuba tanya soalan ini pada diri anda wahai lelaki
(tidak terkecuali juga diri ini)
'bolehkah aku menjadi imam/ketua keluarga?'



Thursday, March 18, 2010

tips berjimat ketika membeli barang dapur


1. seperti biasa, buat list barang2 yang diperlukan

2. isi perut anda sebelum ke kedai/pasar raya (sdkt sbnyk dpt mengurangkan rasa nak makan/minum yang menyebabkan anda nak membeli makanan/minuman yang anda rasa mcm best je)

dan ingatlah

'membazir amalan syaitan'

cubalah ye....

insyaAllah

Monday, January 4, 2010

polis

hari ni saya nak cerita pasal polis..

polis?!

ya, polis, alaa yang pakai baju biru atau putih tu, takkn tak tau....saya pun x tau kenapa tiba2 nak cerita pasal polis ni. tapi memang nak tulis sangat pasal polis..sekarang ni, bila cakap je pasal polis, macam2 orang akan perkatakan..kalau baik2 xpe gak, ni buruk2 pun ada gak...erm. baikla, menurut kamus dewan edisi ketiga(ni je kamus dewan yg ada kt rumah yg baru xde) muka surat 1049, polis membawa maksud pasukan yang menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang...wow, besar maknanya tu

zaman sekarang ni, orang sangat suka cakap perkara-perkara buruk pasal polis..
"polis makan rasuah"
"bapak polis, anak macam ape ntah"
dan lain-lain lagi

sesuka hati je mereka cakap macam itu..sudahlah!!!!cukup jangan cakap perkara buruk pasal mereka...saya cukup tak setuju dengan mereka yang suka cakap perkara buruk pasal polis ni..sesuka hati je cakap macam itu, kadang2 mereka main cakap je, bukti takde pun..biasalah, manusia zaman sekarang, suka tuduh2 je n suka sanagat cakap tanpa berfikir dulu..

betul ke polis=rasuah?!
haha...kelaka betul, kalau ada pun tak semua. jangan hanya nila setitik,rosak susu sebelanga..itu pun kalau ada...kalau tak de, macam mana??? ..sesuka hati je anda semua membuat kesimpulan kan...kalau ada je anggota polis yang buat kesalahan, terus tuduh yang bukan2...entah apa2..tidak perlulah anda semua membuat tuduhan melulu tak baik tau tak...entah2 anda telah memfitnah...dosa besar tau tak????

bila ade je anak polis yang buat kesalahan, terus jadi bahan perbualan or terpampang kat mana2,
"anak polis.....bla3"
"bapak/mak polis, x ajar anak ke"

ooo,ni lagi 1 kes sesuka hati n sesedap mulut je cakap macam tu...macam la anak anda tu baik sangat..anda tau tak, polis ni bekerja untuk jaga kita semua...kadang2, masa mereka dengan keluarga tu amat singkat berbanding dengan masa mereka menjaga kita...kita patut bersyukur

"encik, rumah saya dirompak"

"encik, kereta saya dicuri"

"encik, saya diragut"

ha, tahu pula nak cari polis...baru terkial-kial...bila susah, semua orang nak cari polis, bila senang macam2 benda buruk anda cakap kat polis kan???kan??? waktu susah bru la 'polis=baik'
anda tau tak?? kalau xde polis, silap2 nak tidur malam pun susah..kt atas bunuh, kat bawah rompak, kat depan rogol n kt belakang samun....macam2 benda berlaku zaman sekarang ni...so, jangan ingatlah kalau tiada polis anda boleh bersenang-lenang

bila ada penjenayah yang mati, banyak betul bantahan...sana bantah sini bantah...bila ada anggota polis yang terkorban, tiada pula nak bantah ke ape ke..tiada pula nak beri penghormatan kepada mereka..fikir2kanla ye kepada mereka yang suka cakap perkara2 buruk pasal polis ni ye

kesimpulannya, tidak perlulah anda nak mengutuk polis ye...mereka ni semua berkhidmat untuk menjaga kita...mereka ni sanggup berkorban demi menjaga keamanan negara..hormatilah mereka dan bantulah mereka dalam menjaga keamanan negara kita yang tercinta ni


"Terima kasih polis"