Wednesday, November 25, 2009

badak air dan pokok pisang

hari ini 251109(rabu) merupakan hari kedua aku menjadi sukarelawan di zoo negara. dan pada hari ini jugalah aku sedar bahawa dalam sebuah zoo ini, bukan sahaja hanya terdapat haiwan - haiwan untuk dipamerkan, tetapi terdapat 1001 rahsia yang dapat kita singkap dan hayati serta sebagai pengajaran untuk kita meneruskan perjalan hidup yang penuh berwarna-warni ini


cerita 1 - badak air

pabila kaki mula menjejaki bumi zoo negara pada pagi ini, kami (aku, burhan, bob, fini) masing-masing tertanya-tanya di bahagian manakah akan kami ditugaskan pada hari ini..kalau boleh tidaklah di tempat yang sama seperti sebelum ini hendaknya...namun begitu, hajat kami tidak dikabulkan...kami ditempatkan di tempat yang sama, iaitu di kandang badak air dan primate...huh...tempat sama lagi...bisik hati kecilku ini. tapi tidak mengapa, mungkin ada hikmahnya. kerja yang sama diulangi semula. basuh kandang, beri makan dan mengangkat barang...huh penat...tiba-tiba, ada sesuatu yang menarik perhatian anak mataku ini..ianya adalah gelagat 2 ekor badak air(seekor ibu dan anaknya) dalam kandang tempat kami ditugaskan. sebai sahaja kami menuangkan makanan ke dalam kandang mereka, kelihatan si ibu bergegas untuk mendapatkan makanan tersebut..namun begitu, makanan yang diberikan tidaklah hanya dijamu untuk dirinya sahaja. anaknya dipanggil untuk makan bersama, maka turutlah si anak itu. selepas itu, mereka terus memamah makanan yang diberikan tersebut...subhanallah ....kagum sungguh aku melihat gelagat dua ekor badak air tersebut. sungguh indah kasih ibu itu. bukan hanya pada manusia sahaja, pada binatang juga terserlah kasih ibu terhadap anaknya. dan patuh sungguh anak itu terhadap perintah ibunya. jika haiwan yang dikatakan tidak mempunyai akal boleh mematuhi perintah ibunya, apatah lagi manusia yang dikurniakan akal oleh Allah...renung-renungkanlah

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya: “ Ya Rasulullah! Siapakah orang yang paling harus aku hormati? Nabi s.a.w bersabda: “ Ibumu.” Lelaki itu berkata lagi: “ Siapakah setelah ibuku?”. Nabi s.a.w bersabda: “ Ibumu.” Lelaki itu bertanya lagi: “ Siapa lagi setelah ibuku?”. Nabi s.a.w bersabda: “ Ibumu.” Lelaki itu bertanya lagi: “ Lalu siapa lagi sesudahnya?” Nabi s.a.w menjawab: “ Ayahmu.”( HR Bukhari no:5514)



'si ibu dan si anak yang sedang menjamu selera bersama'

cerita 2 - pokok pisang

hidup ini seperti roda. ungkapan ini sering diungkapkan sebagai peringatan. namun begitu, hari ini aku mendapat 1 ungkapan baru,' jangan hidup seperti pokok pisang'...mengapakah?! persoalan itu jugalah yang muncul dalam diriku ini sebaik sahaja pakcik 'zookeeper' yang menjaga kami sepanjang hari ini memberitahu kami ungkapan itu..biar betul pak cik ni..apa kena mengena pokok pisang dengan kehidupan pula?! kalau ungkapan jangan pisang berbuah 2 kali bolehla...ini secara tiba-tiba, jangan hidup seperti pokok pisang...isy3 pelik sungguh...pada mulanya buat-buat faham dan tergelak-gelak kecil mendengar ungkapan tersebut...tetapi, hati ini berkeras juga untuk tahu mengapa mesti pokok pisang...lalu, setelah bertanya, maka terungkailah rahsia pokok pisang tersebut. begini analoginya..pada pokok pisang, daun yang sudah besar dan cantik paras rupanya akan berada gah di atas daun yang kecil dan baru bertatih untuk menempun kehidupan baru..daun yang berada di atas ini, selalunya akan melambai-lambai megah di atas dedaun yang kecil di bawah..mentang-mentanglah ia besar, yang kecil hanya diremeh-temehkan sahaja..padahal, tidak disedari si daun besar itu bahawa suatau hari nanti ia akan layu dan gugur di atas tanah..dan selepas itu. naiklah pula si kecil di bawah menggantikan si daun yang sudah layu tadi, dan berulanglah proses itu..subhanallah...aku berasa amat kagum...begitulah kehidupan kita...pabila diri berada di atas, jangan sesekali kita lupa yang di bawah. sama - samalah bermuafakat dan tolong menolonglah antara satu sama lain...insyaAllah


'sekadar gambar hiasan'

Saturday, November 7, 2009

down!!!!

sgt2 down!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

huh