Thursday, September 17, 2009

MYC - Muslim Youth Camp

MYC?!
pada mulanya, tika saat telinga ini mendengar gabungan huruf tersebut, tidak terlintas langsung untuk menyertai program ibadah tersebut. waktu puasa pun ada kem juga.huh.siapalah nak pergi. mungkin geng2 muscom je kot. huhu. tetapi, secara tiba2, amir berjumpa denganku. "apple, ko tlg jd sponsorship cmmttee boleh x?" saudra amir menyapaku(lbh kurg begitulah dialognya). ermmm, diri ini meminta sdkt masa utk berfikir dan menganalisis semua data2 mengenai kerja2 'sponsorship unit' ni. huh...cam senang je...hantar2 surat n fax je. lalu, diterimalah tanggungjawab tersebut. namun, segalanya indah khabar dari rupa. tngjwb yg diberikn amatlah berat. surat- prmohonan yg dihntr semuanya mendukacitkan. camne ni, MYC da nk dekat. tp, duit tak dapat2 lg.waaaaaaaaaaaaaaaaa.....tension2... sudah la dengan trial lg...huh


lagi bertambah menyumpahla diri ini trhdp myc...akhirnya,alhamdulillah, ada juga dermawan yang sanggup menyumbang dan secara x langsung mencukupkan jumlah kutipan yang perlu dikumpulkan.alhamdulillah n terima kasih kepada penyumbang tersebut.

sabtu(120909) - sebenarnya, sejak malam tadi sudah terngiang-ngiang di kepala memikirkan cara-cara untuk escape MYC ni. rase mls sangat. lebih2 lagi bila tengok semua orang balik petang tu.eeeeeeeeeeeeeeeeeeee......malasnye.tap, last2 end up g juga kem trsbt.huh...pabila tiba di kem tersebut, aura2 yg mengatakan kem tersebut x best semakin kuat..entah dari manakah datangnya. itu amatlah tidak pasti oleh diri ini...hmmmm....setelah check in ke dalam bilik dan solat asar, acara pembukaan dimulakan.nampak gaya macam boring je.pabila melihat raut wajah dan gaya abang-abang dan kakak-kakak fasilitator mcm boring je kem ni. semuanya mcm skema....

tapi, segala persepsiku berubah dengan serta-merta dan lenyap serta hancur berkecai ibarat buah labu yang dibom dengan bom atom....abg yusof, fasilitator kumpulanku telah berjaya mengambil hatiku yang keras pada wktu itu. rupanya-rupanya, kem itu sangatlah menarik...

ahad(130909)- sahur pada pagi itu sangatlah sedap, begitu juga dengan berbuka malam tadi. makanan memang mantaplah di kem tersebut. sesudah subuh ada perbincangan mengenai tokoh islam........sangat menarik perbincangan tersebut. rasa ngantuk yang selalu wujud sesudah subuh terhakis dengan sendirinya, diri ini berasa amat segar dan seronok berbincang mengenai tokoh-tokoh islam. mereka merupakan idola2 yang sangat hebat dan sepatutnya menjadi sumber inspirasi ummah.

seterusnya, ceramah pula oleh ustaz hasrizal....sudah terang lagikan bersuluh...ustaz has ni memang sangat best bagi ceramah. memang sudah dijangkakan kehebatan beliau dalam memberi ceramah ni, sebab kat college kalau dia bagi talk, memang best sangat-sangat. berkesan la, cuma diri ini kadang2 kadang tersengguk-sengguk(bisalah tu) huhu...forum mengenai realiti masa kini diteruskan selepas talk ustaz hasrizal...kali ni talk from YB nik nadzmi. talk ni pun menarik minat diri ini. pengalaman dan perjalanan hidup yang dititi sepanjang menjadi seorang pelajar di dalam dan diluar negara amat aku kagumi. pada talk kali ini, ideologi politik diketepikan. perbincangan berfokuskan kepada pembangunan ummah yang amat menarik minat diri ini.


isnin(140909)-seperti hari sebelum,sahur amatla sedap...hari ni dipenuhi dengan slot-slot perbincangan yang menarik...ditambah pula dengan sedikit penerangan daripada pengasas blog iluvislam yang juga merupakan bekas pelajar kyuem.diri ini amatlah mengagumi mereka kerana mereka mampu dan sanggup menyebarkan dakwah islamiah dalam usia yang muda..semaoga Allah memberkati usaha mereka yang murni itu..insyaAllah..MYC sudah hmpr ke penghujungya..hari-hari yang dilalui semsa kem ini berlangsung tidaklah seperti yang bermain dalam fikiran aku sebelum ini...setiap hari yang berlalu, berlalu dengan penuh maknanya dan amat seronok sekali...

dan sesungguhnya, tanggapan awalku terhadap MYC amatla tidak benar..MYC bukanla 1 kem yang membosankan..sebaliknya ia adalah kem yang penuh bermakna dan pengajaran kepada kita dalam mencari erti kehidupan...insyaAllah