Wednesday, July 29, 2009

attention!!!!

LATEST UPDATE:

KYUEM and the current flu epidemic: Update

The results of tests on students and staff which were taken at the college on Sunday (26th July) arrived today and indicated the presence of H1N1 flu. As has been made very clear by the health authorities, this is a mild flu which at present seldom has complications, apart from in people with certain respiratory diseases and a few other medical conditions.

All students in the college were issued with leaflets about sensible quarantine and precautionary measures before they left college for the closure. As a socially responsible action, it is essential that all students and those they are in close contact with should carry out sensible self-quarantining measures in order to slow the rate of infection in the general population.

The college is allowed to reopen on Sunday evening for a Monday morning start of lessons. However any student who is showing symptoms of flu should remain at home until the symptoms have disappeared. It is also advisable to get medical advice from experts if there is a high fever or breathing problems.

Please keep checking the college website for any further updates on the situation.


Neil Sutherland
Headmaster
Tuesday 28th July 2009



source : http://www.kyuem.edu.my/v2/


Do check the college website for the latest update!!!!


"Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala penyakit dan jangkitan, sembuhkanlah penyakit kami, dan kurniakanlah kesihatan jasmani dan rohani kepada kami, serta tabahkanlah kami menghadapi ujianmu ya Allah"
amin




Important notice

IMPORTANT NOTICE

AS A PURELY PRECAUTIONARY MEASURE THE COLLEGE HAS BEEN OFFICIALLY TOLD TO CLOSE FROM MONDAY 27TH JULY 2009 UNTIL THE EVENING OF SUNDAY 2ND AUGUST 2009.

THIS IS DUE TO AN OUTBREAK OF MILD FLU.


source : http://www.kyuem.edu.my/v2/





To all of my friends especially KYUEMIANs take care of yourself. Use the free time to study, since the examination is just around the corner. Do pray a lot!!!!!!!!!!!!!!!!!!Hopefully everything will go on as usual soon. InsyaAllah

Tuesday, July 7, 2009

1980?!





1980?!
Jika diteliti kembali tarikh tersebut, mungkin pelbagai acara dan perkara yang berlaku dalam tahun tersebut.Mungkin ada yang menyedihkan, dan mungkin juga ada yang menggembirakan. Tetapi, bagi sebuah sekolah yang terletak nun jauh di utara, di tanah di mana membesarnya jelapang padi yang menghijaukan bumi di situ, satu peristiwa yang begitu bermakna telah berlaku pada tahun 1980. Bagi Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, tahun tersebut merupakan tahun di mana pasukan bahas bahasa inggeris mereka layak ke peringkat akhir pertandingan bahas Piala Perdana Menteri. Walaupun tewas kepada Sekolah Seri Puteri, gelaran Naib Johan sudah cukup membanggakan. Kini, setelah 29 tahun, pada 4 julai 2009 yang lalu, bertempat di Putrajaya International Convention Centre, sejarah berulang kembali. Kedua - dua sekolah yang mantap tersebut bertembung semula di Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-36.

Sebaik sahaja mengetahui tentang pertandingan itu, terus timbul rasa di hati untuk pergi menonton dan menyokong pasukan debat sekolahku itu. Hari demi hari diri ini menunggu. Rasa sungguh teruja, bagaikan diri ini yang hendak bertanding. Perasaan bangga menjadi salah seorang pelajar SMSAH juga berputik dengan gahnya dalam diri ini.huhu. Mungkin aku bukanlah seorang pembahas sekolah ketika aku di bangku persekolahan,tetapi, perasaan semangat dan cintakan sekolah itu, amat tinggi dalam diriku ini. Mungkin perasaan itulah yang membuatkan diriku ini begitu teruja untuk pergi menonton pertandingan akhir tersebut. Namun begitu, perasaan hampa dan agak sedih menyelubungi diri ini apabila tiba hari yang dinantikan. Sebaik sahaja aku dan Kushairi(salah seorang teman rapatku ketika di bangku persekolahan) tiba di perkarangan PICC, kami berasa amat seronok apabila dapat melihat pasukan-pasukan penyokong sekolahku dan diiringi oleh guru-guruku yang begitu bijakasana,memenuhi perkarangan PICC tersebut. Tetapi, dalam diam-diam perasaan hampa menyelubungi diri kami, kerana mengetahui bahawa bahas bahasa inggeris sudah selesai,hanya bahas bahasa Malaysia yang belum dipertandingkan.huh.Tetapi tidak mengapa, dapat berjumpa dengan guru-guru dan adik-adik tersayang dapat mengubat hati-hati yang tidak tenteram itu.

Setelah itu, kami dipelawa oleh beberapa orang guru untuk bersama mereka ke Alamanda. Hati yang semakin terubat menjadi lebih ceria kerana diberi peluanag untuk kembali berada di dalam bas sekolah yang begitu bermakna dan banyak nostalgianya. Sungguh gembira rasanya. Apabila urusan memenuhkan perut yang kosong sudah selesai, kami kembali semula ke PICC untuk menonton bahas Bahasa Malaysia dan menunggu keputusan untuk pertangingan akhir bahas bagi kedua-dua bahasa. Bahas Bahasa Malaysia di antara Sekolah Menengah Sains Selangor dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang agak menarik. Tetapi, diri ini tidak dapat memfokuskan kepada bahas tersebut, keran begitu leka dan seronok berbual dengan rakan-rakanku dan Cikgu Bahasa Inggeris ku ketika di tingkatan 4,Miss Ainie. Cerita dari Miss Ainie
sangatlah menarik. Kami berbual sehinggalah habis bahas Bahasa Malaysia tersebut. Sungguh seronok. Antara perkara yang menjadi tajuk perbualan kami adalah mengenai betapa peritnya laluan yang telah ditempuhi oleh pasukan Bahas Bahasa Inggeris sekolah kami untuk sampai ke peringkat akhir. Sungguh sadis mendengar cerita tersebut,tapi benarlah kata satu pepatah Inggeris "no pain, no gain".

Kemudian, kami disajikan dengan beberapa persembahan yang agak menarik dari beberapa buah sekolah seperti SMS Muar(SAMURA) dan beberapa sekolah yang lain. Akhir sekali keputusan diumumkan.Arghhhhhhhhh!!!!!!!!kami kalah.Sungguh sedih rasanya hati ini apabila mendengar keputusan tersebut. Tapi tidak mengapa, kekalahan bukanlah pengakhiran bagi segala-galanya. Sudah dapat masuk ke pertandingan akhir merupakan satu pencapaian yang begitu bermakna sekali. Kepada semua pendebat bahasa Inggeris SMSAH dan guru-guru pembimbing, setinggi-tinggi ucapan tahniah saya ucapkan. Pengorbanan dan jasa anda telah mengembalikan kegemilangan SMSAH.


"Bersama mengembalikan kegemilangan SMSAH"



the debaters



smsah the greatest!!!



us (kushairi-miss aini-me-suhaimi)



the supporters



'mereka'



dancers



the debaters with miss aini - congratulation guys!!!!!!!!!!



SAMURA's choir team